BANGKOK: Malaysia bakal menyertai Cobra Gold ke-43, latihan ketenteraan multinasional paling lama dan terbesar di dunia, bersama tentera dari 30 negara yang akan diadakan di Thailand pada akhir Februari.
Dihoskan bersama oleh Tentera Diraja Thailand dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS), eksesais pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan daripada 9,590 kakitangan daripada negara yang terlibat.
Latihan ketenteraan itu akan diadakan antara 27 Feb hingga 10 Mac.
Eksesais tahunan itu bertujuan untuk membangunkan hubungan ketenteraan yang baik antara sekutu yang mengambil bahagian; untuk meningkatkan kapasiti menjalankan operasi bersama dan pelbagai hala dengan menyesuaikan mobilisasi dalam pelbagai situasi kecemasan; dan berlatih mengikut prosedur untuk pasukan multinasional.
Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Thailand, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa berkata, ini penyertaan kali ketujuh Malaysia dalam Cobra Gold.
"Tahun ini kira-kira 80 anggota tentera Malaysia akan menyertai latihan tahunan itu," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Malaysia antara tujuh negara yang mengambil bahagian sepenuhnya pada edisi kali ini selain Thailand, AS, Singapura, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.
Sebanyak 10 negara menyertai pasukan Multinational Planning Augmentation - Bangladesh, Kanada, Perancis, Mongolia, Nepal, New Zealand, Filipina, Fiji, United Kingdom dan Brunei; dan 10 negara menyertai pasukan Combined Observer Liaison - Kemboja, Laos, Brazil, Pakistan, Vietnam, Jerman, Sweden, Republik Hellenic (Greece), Kuwait dan Sri Lanka.
China dan India menyertai latihan bantuan kemanusiaan manakala Australia menyertai Command Post Exercise (CPX).
Latihan utama tahun ini, termasuk Bantuan Kemanusiaan/Sivik (HCA) termasuk pembinaan bangunan pelbagai guna di lima tapak projek dan Disaster Relief Tabletop Exercise (HADRTTX) yang menunjukkan peranan tentera dalam bertindak balas terhadap bencana alam di peringkat serantau dan antarabangsa. .
Selain itu, CPX iaitu latihan mengendalikan semua operasi domain - darat, laut, udara, siber dan angkasa serta Field Training Exercise (FTX) termasuk latihan silang dan latihan lapangan untuk tentera darat, laut dan udara turut akan diadakan.
Thailand dan AS akan melaksanakan latihan menyelamat HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand pada tahun 2022.
HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi, mengalami kegagalan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari Wilayah Prachuap Khiri Khan kira-kira 11.30 malam pada 18 Dis 2022.
RTN menyelamatkan 76 kelasi daripada kejadian itu tetapi 24 ditemukan mati dengan tambahan lima lagi dianggap hilang.
Duta AS ke Thailand, Robert F. Godec berkata, tahun ini Cobra Gold akan terus menyediakan asas yang kukuh untuk keselamatan serantau dan kemakmuran inklusif untuk semua.
"Cobra Gold ke-43 ini adalah bukti kekuatan hubungan kami. Latihan ini dan perkongsian kami adalah lebih relevan dan penting berikutan cabaran terhadap keselamatan serantau," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Malaysia bakal menyertai Cobra Gold ke-43, latihan ketenteraan multinasional paling lama dan terbesar di dunia, bersama tentera dari 30 negara yang akan diadakan di Thailand pada akhir Februari.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.